Bantu kami buat sari kata
Sejak beberapa bulan yang lepas, kami sudah sibuk menerbitkan ceramah-ceramah Polyglot Gathering Online 2021 dalam berbilang bahasa di saluran YouTube kami. Kami ingin memperbaik kebolehcapaian video-video tersebut yang membolehkan para penonton yang tuli dan sukar mendengar serta para penonton yang bertutur dalam bahasa-bahasa lain untuk menikmati sepenuhnya kandungan yang menarik yang kami terbitkan.
Adakah anda berminat untuk membantu secara sukarela dan menjadikan video-video kami lebih mudah dicapai dan inklusif?
Bantu kami buat sari kata untuk video-video kami!
Bagaimana anda boleh berbuat demikian? Mudah sahaja!
- Cipta akaun di amara.org, yang sangat mesra pengguna;
- Pergi ke Ruang Kerja Awam Amara:
- Sudahkah anda memilih video YouTube yang anda nak tambahkan sari kata? Bagus! Salin dan tampal nama video tersebut di bar carian “Video yang ditambah oleh orang lain” dan pilih video tersebut.
- Adakah anda ingin mencari video Polyglot Gathering yang anda ingin tambah sari kata? Klik di sini untuk senarai video daripada Polyglot Gathering Online 2021 dan klik di sini bagi mencari video-video Polyglot Gathering yang lain.
- Setelah anda memilih video anda, klik pada butang “Tambah/Edit”, pilih bahasa yang dituturkan di dalam video dan bahasa sari kata yang anda ingin tambah, dan akhir sekali klik “Tambah”.
- Anda kemudiannya sudah boleh menambah sari kata pada video tersebut!
- Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana menulis sari kata untuk video, sila lihat panduan menarik ini yang disediakan oleh pasukan Amara.
- Sekiranya video ini telah mempunyai sari kata dalam bahasa lain dan anda ingin menterjemahkannya atau menggunakannya sebagai panduan, panduan yang disediakan oleh pasukan Amara ini juga boleh membantu anda.
- Apabila selesai, muat turun fail sarikata, sebaiknya di dalam format VTT.
- Emel kami di subtitles@polyglotgathering.com dengan fail tersebut sebagai lampiran, atau pautan kepada alat pemindahan fail pilihan anda (Google Drive, Dropbox,WeTransfer,…).
- Seterusnya kami akan menambahkan sari kata anda ke dalam video YouTube tersebut. Terima kasih!
Ini mungkin nampak macam agak renyah…Ya, memang pun! Sebelum ini memang lebih mudah, tetapi pada bulan September 2020, Google telah mengalih keluar ciri sari kata “Sumbangan Komuniti”. Sila lihat kenyataan-kenyataan Google di sini dan di sini untuk maklumat lanjut. Suatu hari nanti, sistem “Penulis Sari Kata Terpercaya” akan disepadukan ke dalam YouTube, yang mana kami boleh mempertimbangkan penggunaannya apabila butiran-butiran dan ciri tersebut telah dilancarkan. Buat masa ini, cara terbaik yang kami dapati ialah dengan menggunakan Amara dan menghantar fail-fail VTT secara manual.
Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila hubungi kami di subtitles@polyglotgathering.com.