Soalan Lazim
Adakah Polyglot Gathering akan dianjurkan pada tahun 2024? Di manakah?
Pada tahun ini kami telah menyediakan dua acara untuk anda:
- Polyglot Gathering Online dari 29 Februari hingga 3 Mac,
- Polyglot Gathering secara bersemuka di Prague, Republik Czech dari 15 hingga 19 Mei.
Kedua-dua acara ini merupakan acara-acara yang berbeza dan memerlukan pendaftaran yang berasingan. Pendaftaran dan pembayaran untuk satu acara tidak bermakna anda telah mendaftarkan diri untuk kedua-duanya sekali.
Bagaimana cara untuk saya mendaftarkan diri? Berapa yuran untuk acara ini?
Pendaftaran telah dibuka untuk Polyglot Gathering Online, harga tiket telah disenaraikan di halaman pendaftaran.
Pendaftaran untuk Polyglot Gathering secara bersemuka di Prague, Republik Czech telah dibuka, harga tiket telah disenaraikan di halaman "Bagaimana cara untuk turut serta".
Tentang Polyglot Gathering di Republic Czech secara bersemuka
Adakah pendaftaran saya untuk Polyglot Gathering secara bersemuka juga sah untuk Polyglot Gathering Online?
Tidak, kedua-dua acara ini merupakan acara-acara yang berbeza dan memerlukan pendaftaran yang berasingan. Pendaftaran dan pembayaran untuk satu acara tidak bermakna anda telah mendaftarkan diri untuk kedua-duanya sekali.
Adakah terdapat kursus pendek bahasa pra-Gathering dan pasca-Gathering?
Maklumat-maklumat berkenaan akan disiarkan tidak lama lagi. Jangan lupa ikuti kami di media sosial bagi mendapatkan perkembangan terbaru!
Adakah pendaftaran/pembayaran saya telah diterima?
Untuk pendaftaran, anda akan menerima emel pengesahan serta-merta. Jika anda tidak menerima emel tersebut, sila hubungi kami. Pemindahan wang yuran biasanya akan mengambil masa beberapa hari untuk diproses oleh bank. Apabila wang anda telah diterima, kami akan menghubungi anda beberapa hari selepas itu.
Adakah saya memerlukan visa untuk ke Republik Czech?
Anda boleh semak di sini tentang keperluan visa yang bergantung kepada kewarganegaraan anda. Sekiranya perlu, dapatkan visa Schengen anda dengan kadar segera.
Tentang Polyglot Gathering Online
Apakah platform yang akan kita gunakan?
Kami akan menggunakan platform acara maya pelbagai bahasa yang dinamakan Retevent. Untuk pengalaman yang lebih baik, kami mencadangkan anda menggunakan komputer dengan sambungan Internet berwayar dan fon telinga dengan mikrofon. Kadangkala, telefon pintar hanya mempunyai sokongan yang terhad.
Pada 27 Februari, semua peserta yang berdaftar akan menerima satu emel bersama dengan pautan untuk ke platform dan maklumat log masuk. Anda tidak perlu memuat turun apa-apa perisian, anda cuma perlukan pelayar web (penggunaan Chrome atau Firefox digalakkan).
Adakah program ini sesuai untuk zon waktu saya?
Kami sedang berusaha untuk menjadikan acara ini seantero global yang mungkin, maka kami berhasrat untuk mempunyai jadual yang sesuai bagi zon-zon waktu yang berbeza.
Semua ceramah akan dirakam dan anda akan dapat menonton kesemuanya pada waktu yang sesuai buat anda, walaupun selepas acara ini berakhir – platform ini akan kekal tersedia selama sebulan selepas berakhirnya Polyglot Gathering.
Apa yang saya akan dapat dengan tiket dalam talian saya?
Selain daripada tarikh rasmi Polyglot Gathering Online (dari 29 Februari hingga 3 Mac) di mana ceramah secara langsung dan reruang sembang pelbagai bahasa akan dijalankan, platform dalam talian ini akan kekal tersedia sepanjang sebulan selepas acara ini! Di sana, anda mempunyai akses kepada rakaman ceramah yang anda terlepas.
Adakah pendaftaran saya untuk Polyglot Gathering Online juga sah untuk Polyglot Gathering secara bersemuka?
Tidak, kedua-dua acara ini merupakan acara-acara yang berbeza dan memerlukan pendaftaran yang berasingan. Pendaftaran dan pembayaran untuk satu acara tidak bermakna anda telah mendaftarkan diri untuk kedua-duanya sekali.
Bolehkah tiket untuk Polyglot Gathering Online dipulangkan?
Tiket untuk Polyglot Gathering Online tidak dapat dipulangkan.
Adakah pendaftaran saya telah diterima?
Untuk pendaftaran, anda akan menerima emel pengesahan serta-merta. Jika anda tidak menerima emel tersebut, sila semak folder spam anda. Jika tiada juga, sila hubungi kami.
Tentang kedua-dua acara
Bolehkah saya menyumbang untuk program ini?
Ya, kami sedang menerima cadangan-cadangan untuk pembentangan serta bengkel (sesi percubaan 45 minit). Pembentangan boleh dibuat dalam mana-mana bahasa utama atau sesetengah bahasa yang lain. Para pembentang harus didorong oleh perasaan ingin berkongsi semangat mereka dengan komuniti tuturencam. Sila isi borang ini untuk menghantar kertas cadangan anda bagi Polyglot Gathering Online.
Saya hanya boleh bertutur dalam satu bahasa. Bolehkah saya turut serta?
Sudah tentu! Walaupun Gathering ini untuk para pencinta bahasa, tiada syarat tertentu untuk berapa banyak bahasa yang anda perlu kuasai. Sekiranya anda telah melihat jadual program tahun lalu (atau telah menonton video dari edisi yang lepas) dan anda rasa anda akan nikmati acara seperti ini, kehadiran anda dialu-alukan. Para peserta bertutur daripada satu hingga >30 bahasa, dengan median sebanyak 6 bahasa.
Bahasa apakah yang akan digunakan semasa Gathering?
Semua peserta Polyglot Gathering mempunyai profil dengan senarai bahasa yang mereka ingin gunakan. Menukar bahasa ketika perbualan atau ketika orang lain menyertai perbualan ialah perkara biasa. Bahasa yang paling kerap digunakan ialah bahasa Inggeris, Sepanyol, Jerman, Rusia dan Esperanto. Anda tak perlu terkejut kalau orang di sekeliling anda kadangkala bercakap dalam bahasa yang anda tak pernah dengar sebelum ini. Kebanyakan pembentangan akan berlangsung dalam bahasa Inggeris, namun bahasa lain turut digunakan. Bahasa yang akan digunakan pada setiap pembentangan akan dipaparkan di dalam jadual program.
Adakah ini Polyglot Conference yang lain?
Bukan, Polyglot Conference ialah sebuah acara berasingan yang dianjurkan oleh rakan kami Richard Simcott dan Alex Rawlings yang berlangsung di negara yang berbeza setiap tahun dan kini secara dalam talian. Kedua-dua acara ini merupakan usaha untuk mempertemukan para tuturencam dan pencinta bahasa serta membolehkan komuniti tuturencam untuk berkumpul dan berkongsi minat yang mendalam terhadap bahasa. Kami berasa sangat gembira untuk menerima para peserta yang telah menghadiri Polyglot Conference dan kami ingin bertemu semula para pencinta bahasa yang sehaluan dengan kami.