Polyglot Gathering 2025

Terjemahan ke bahasa Melayu sudah 72% lengkap. Semua maklumat terkini boleh didapati dalam bahasa Inggeris serta .

Bantu kami buat sari kata

Seperti yang anda ketahui, kami menerbitkan ceramah-ceramah Polyglot Gathering di saluran YouTube kami. Kami ingin memperbaik kebolehcapaian video-video tersebut yang membolehkan para penonton yang tuli dan sukar mendengar serta para penonton yang bertutur dalam bahasa-bahasa lain untuk menikmati sepenuhnya kandungan yang menarik yang kami terbitkan.

Adakah anda berminat untuk membantu secara sukarela dan menjadikan video-video kami lebih mudah dicapai dan inklusif?
Bantu kami buat sari kata untuk video-video kami!

Bagaimana anda boleh berbuat demikian? Mudah sahaja!

Cipta akaun di amara.org (yang sangat mesra pengguna) dan pergi ke Amara Public Workspace.

Setelah anda memilih video anda, klik pada butang “Tambah/Edit”, pilih bahasa yang dituturkan di dalam video dan bahasa sari kata yang anda ingin tambah, dan akhir sekali klik “Tambah”. Anda kemudiannya sudah boleh menambah sari kata pada video tersebut!

Apabila selesai, muat turun fail sarikata di dalam format VTT dan emel kami di subtitles@polyglotgathering.com dengan fail tersebut sebagai lampiran, atau pautan kepada alat pemindahan fail pilihan anda (Google Drive, Dropbox,WeTransfer,…). Seterusnya kami akan menambahkan sari kata anda ke dalam video YouTube tersebut. Terima kasih!

Ini mungkin nampak macam agak renyah…Ya, memang pun! Sebelum ini memang lebih mudah, tetapi pada bulan September 2020, Google telah mengalih keluar ciri sari kata “Sumbangan Komuniti”. Sila lihat kenyataan-kenyataan Google di sini dan di sini untuk maklumat lanjut. Suatu hari nanti, sistem “Penulis Sari Kata Terpercaya” akan disepadukan ke dalam YouTube, yang mana kami boleh mempertimbangkan penggunaannya apabila butiran-butiran dan ciri tersebut telah dilancarkan. Buat masa ini, cara terbaik yang kami dapati ialah dengan menggunakan Amara dan menghantar fail-fail VTT secara manual.

Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila hubungi kami di subtitles@polyglotgathering.com.

Daftar untuk Polyglot Gathering 2025